Selasa, 15 Februari 2011

~ NO VAVALENTINE ~





~~ Say Yes To Maulidur Rasul , Say No To Valentine Day !!! ~~~

Salam Ukhwah adik-adik yang disayangi selalu..


Salam Ukhwah adik-adik..
Semoga hari-hari yang dilalui penuh dengan perubahan rasa cinta pada Allah dan Rasulnya...

Khas buat adik-adik SMK ( A ) Miri
semoga KBM yang dijalankan di sekolah yang sangat istimewa itu...
memberikan seribu perubahan yang bermakna..
Usah dilupa tangisan keinsafan itu..kerana Tuhan Tahu..
Kita ini hambanya yang sangat inginkan perubahan.,..
kepada Allah, Rasul,Ibu Bapa dan sahabat..

Ya Allah..lembutkanlah hati-hati mereka..
Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Pemberi Hidayah ..
Yang paling Adil..Paling Mulia..
tetapkanlah kami dalam jalan yang engkau redhai Ya Allah...

Hmmm......rasanya ..semua dah tahu...nampak tajuk yang besar kat atas tu kan..huhu..memang nak cerita pasal " COUPLE" ...pasal Valentine day yang diuar-uarkan oleh media barat..kalau kita tengok sendiri...Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak menggalakkan sambutan Valentine Day yang mana memberikan lebih banyak keburukan buat muda-mudi di luar sana.

Jangan Hampiri Zina,Sesungguhnya Ia Perbuatan Yang Keji dan Jalan Yang Buruk,Bagi Mereka Yang Tetap Mahu Membuka Jalan Kepada Zina Atau Mahu Melakukan Zina,Tanyakan Kepada Dirimu, Adakah Kamu Suka Seseorang Berzina Dengan Ibumu, Anak Perempuanmu, Saudari Perempuanmu, SaudariPerempuan Ayahmu dan Saudari Perempuan Ibumu?


Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Betul kan adik-adik??.....tepuk dada tanya Iman ..bukan tanya selera...melayan hawa nafsu yang bermaharajalela di dalam dada..penuhi hati dengan mengingati Allah...InsyaAllah..Allah akan mengingati kita di setiap langkah dan derap jantung kita..

Mari kita sma-sama baca apa yang dah dilaksanakan oleh orang-orang yang ingin membanteras gejala sosial yang bermula dari perhubungan dua insan yang bercinta..kerana nafsu semata-mata...

Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM-FC) terus bergerak aktif. Biarpun kelab tersebut merupakan sekadar sebuah kelab yang menghimpunkan para peminat Maher Zain di Malaysia, kelab tersebut tidak melupakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Kelab yang diketuai presidennya, Mohd Fairuz Abu atau lebih mesra disapa sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkari baru baru ini telah melancarkan satu kempen yang menentang sambutan Hari Kekasih, atau akronimnya Velentine Day yang akan disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Objektif kempen yang bertujuan untuk menyedarkan umat Islam akan keburukkan menyambut Hari Kekasih dimana umum mengetahui bahawa hari tersebut merupakan dakyah orang Kristian bagi menyesatkan orang Islam.

Dengan tema, SAY NO TO VALENTINE DAY! LET’S CELEBRATE MAULIDUR RASUL, mereka sedaya upaya cuba memberi kesedaran akan bahayanya hari tersebut kepada orang ramai khasnya kepada ahli kelab tersebut yang sudah menjangkau 112,664 like di FanPage Facebook mereka.

Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah! Say No To Valentine Day. Let’s Celebrate Maulidur Rasul. Sollu 3ala Nabiy. Bagindalah kekasih kita yang abadi. Yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. The Chosen One.`”MUNSYEED.COM


Luahan Hati yang Cakne,

~ IKRAM TEENS~

Jumaat, 5 November 2010

~ IndahNya Ukhwah~

~ INDAHNYA UKHWAH!!! ~

Indahnya Ukhwah andai Ia kerana Allah
Indahnya Iman andai didasari Iman danTakwa
Semoga Kita semua sentiasa berada di landasan ini
walau rintangan datang melanda
cuba memutuskan ikatan yang sedia ada
Sungguh...Allah yang mempersatukan hati-hati kami


Selasa, 5 Oktober 2010

~ Jalan Pulangku ~



" Jalan Pulangku"

Semoga perubahan yang dilakukan merupakan yang perubahan yang mengubah amarah menjadi tenang...mengubah anggur menjadi madu..mengubah benci menjadi sayang..
mengubah hitam menjadi putih..mengubah kolot menjadi bijak..
dan mengubah diri menjadi yang lebih baik daripada hari ini..
dekat
Subhanallah...ambillah peringatan Allah...sematkan di dada..jangan biar ia menjadi debu yang berterbangan..jangan biar hidayah itu pergi tanpa sentuhan keinsafan dari diri kita..

Sekali iman menyapa dalam kehidupan kita bererti saat itulah kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..walau dalam apa juga keadaan sekalipun..Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita...Lebih dekat dari urat nadi kita..setiap saat jantung itu berdegup..setiap saat itu juga dia benar-benar menjalankan tugasnya sebagai pengepam darah keseluruh badan..bayangkan andainya jantung itu tidak mematuhi tanggungjawabnya kepada tuhannya..adakah kita akan mampu hidup walau sesaat..

Adik-adik..hayati dan renungkan ayat di bawah..

" Dan apabila hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahukan pada mereka : Sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir kepada mereka; aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku..Maka hendaklah mereka menyahut seruanku( dengan mematuhi perintah aku ) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul "

Surah al-Baqarah : 186



Wallahualam..


Ahad, 3 Oktober 2010

~ Welcome SM Teknik ~



~ nEw Brothers and Sisters~

Salam Perkenalan,....

Jangan pandang pada luaran sahaja...biarpun pertama kali pegi sekolah ni..memang mantap betullah...Ada Replika tangan emas kat depan..FuyOO!!mesti ni kerja dorang kat sana kan..
Apa pun..Selamt datang ke Blog KRJ ya adik-adik SMK Teknik , Miri..
Sungguhpun adik-adik kasih yang sedikit kerana almaklumlah sekolah teknik, mesti peserta lelaki lebih ramai....hoho.. Terima kasih tidak terhingga dengan kehadiran Abang Bai ke program ini..InsyaAllah..lain kali kitaorang akan jemput dia lagi..dengan senyuman yang tak pernah lekang dari wajahnya...
Khas buat Guru-guru kat sana..syukran jazilan tak terhingga ...atas makanan yang sedap2 belaka...bak kata sahabat yang lain..KBM stand for Kem Banyak Makan,.Kem Banyak Nangis...heee....~~
Apa pun...semoga adik-adik yang bakal mengambil SPM dapat menjawab peperiksaan dengan DUIT = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal ...nah...itu lah dia...tips nak exam...
Yang paling utama,...jangan guriskan hati guru-guru dan ibu bapa ya (^_^ ) Mereka lah permata kita dunia akhirat..kita hanya punya satu mama dan satu ayah...maka hargailah mereka..balas jasa mereka..jangan biarkan ibumu menangis kerana kegagalanmu tetapi biarkan tangisan itu adalah kerana kejayaanmu....Walau siapa pun dia..dia tetap ibu dan ayah kita...

Salam Sayang Buat Adik-adik KASIH dan SAYANG...
dari TEAM KRJ MIRI ...


~ Feed Back Adik2...~ Syukran ya ( ^_^ )


From : Black

Assalamualaikum..
Kem Ibadah Keindahan BersamaMu nih memang la best sesangat!! Apa yang disampaikan semasa mengikuti kem tu telah memberi kesedaran. Dulu mungkin saya tidak pernah sedari apa yang saya buat tu salah. Tetapi kini, saya telah mulai sedar dan mencuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih baik.. InshaAllah. Saya berharap, selepas saya mengikuti kem ibadah ini, saya akan ingat tentang semua ilmu yang telah disampaikan. Saya suka cara abang & kakak fesi mendekatkan diri dengan pelajar2. Cara yang mereka lakukan dapat menghilangkan rasa mengantok.. hehe..Program ini juga mengeratkan lagi hubungan dengan kawan2. saya x pernah kata SAYANG kat kawan..haha..memalukan. Tapi ada kebaikannya..

Saya berpeluang untuk berkata sayang dan memohon maaf kepada kawan2.
Saya berharap agar program seperti ini dapat dibuat lagi untuk tahun2
seterusnya.. InshaAllah..

rindu kt fasi2~ hohoho
kepada itu abang Anbaari,kontrol mancho k?? ahaha =]

Jumaat, 10 September 2010

~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ~



Selamat Hari Raya ..

Khas Buat adik - adik KRJ Smk Lutong dan Smk Bekenu..
Kami para FC dan Krew KBM mengucapkan Selamat Hari Raya AIdil Fitri..
Mohon Kemaafan seandinya terguris perasaan aidk2 semasa mengendalikan program di sana ..
Mohon agar ukhwah antara kita takkan pernah ada penghujungnya..



Myspace Heart Generators