Isnin, 26 Julai 2010

~ Kerana Harta ~




~KERANA HARTA ~
Satu Hari, ada orang telefon akak..Sebelum ni , tak pernah nak telefon pun...em....
Jadi..kena layan gak lah...
Agak-agak nye...dia cerita pasal apa ek??
Em...pasal macam mana nak tambah harta yang sedikit..
kalau kita simpan macam ni..bawa orang ni.. n then...orang ni..
pelaburan makin bertambah..
em...
akak tarfikir...kalau lah orang ni..
faham betapa Orang Islam di Palestin perlukan dana
dan sumber kewangan...
kalau lah dorang faham kenapa Umat Islam
sekarang mundur..Kalau lah dorang faham..
Kenapa UmatIslam tak maju2...
em..semuanya sebab nak kejar dunia...
sedangkan dunia hanya sementara..
akhirat juga selamanya...
Sedangkan dalam Sebuah Hadith , rasulullah S.A.W bersabda
" Setelah meninggalnya seseorang itu, hanya 3 perkara
sahaja yang akan kekal iaitu Sedekah, Ilmu yang dimanfaatkan,
Dan Doa anak Yang Soleh"

Sekadar perkongsian semata-mata...semoga kita semua
jauh dari Hubbud Dunnia.. Cintakan Dunia
Dan Takutkan Mati..

Ingatlah adik-adikku..
Hidup kita adalah sebagai Khalifah dan Hamba Allah
Khalifah kepada adik-adik, sahabat, kakak, abang, keluarga dan
pelbagai tahap sosial dalam kehidupan ini..

Kalau bukan kita yang merubah ..
keluarga dan sahabat ke arah ISlam yang Sebenar..
Siapa lagi...
Kalau bukan sekarang..Bila lagi..
Kalau bukan di sini..
Di mana lagi..
Ayuh!!!!bangun Wahai Syabab!!! ( WAHAI PEMUDA!!!)
Tegakkan ISlam dalam Dirimu ..
Nescaya Islam akan tertegak dalam negaramu..

Salam penuh Ukhwah !!!Khas Buat adik-adik KRJ
Dari kakak IPG
( Kak Fenny, Kak Nah, Kak Wawa, Kak Aida, Kak Fizah )



















Ahad, 25 Julai 2010

~ Maaf Lambat Upload Ye Adik-adik ~





" Inilah Cinta "

Inilah dia cinta

Dan Dia semata.

Dan itulah dia cinta.

Bila segalanya dihadapkan pada Dia.

Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya

Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,

dan mengegarkan kita akan azabNya,

akan kelam kelibut hari kebangkitan.

Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.

Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.

Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.

Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?

Menyerahkan semua urusan kepadaNya?

Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.

Dan demikianlah itu cinta.

ianya yakin

redha

dan saliim..

Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.

Dalam cinta yang tidak dimengertikan

walau tak pernah bersua

mengenal

mahupun bersentuh

itulah dia cinta

anugerah atas cinta keranaNya

Dan itulah dia cinta,

tidak meresahkan,

tidak mengelisahkan

tidak merisaukan,

apatah lagi menyebabkan putus asa.

Kerana setiap pilihan kita,

tindakan kita

dan langkah kita,

adalah demi cintaNya.

Yakinlah,

Allah akan sentiasa bersama kita,

melukiskan kanvas yang indah buat kita.

Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..

IAllah..

Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:

Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Moga kalian menyintai mereka yang mendekatkan kalian akan cintaNya… ameen…

Ahad, 18 Julai 2010

~ Baina Cita - Cita dan Cinta ~


Semoga Ceria Selalu...:)MySpace happy
Ingin Kakak Kongsikan puisi Cinta Nukilan Hati...

Cita-cita dan Cinta..('',)
Khas Buat Adik-adik KrJ Yang disayangi Selalu..

Cita -cita dan Cinta ..
Adakah sama cita-cita dan cinta..
Adakah sama impian dan imaginasi..
Segalanya adalah berasal dari kosa kata yang telah wujud berabad lamanya..

Cita - Cita dan Cinta..
Semua orang punya Cita-cita..
Semua orang juga inginkan Cinta..
Cita - Cita dan Cinta jalannya seiring...
Dengan kehidupan Duniawai menuju Redha Illahi..
Cita-cita tanpa Cinta membuatkan diri kita lupa siapa pencipta..
Cita - cita dengan Cinta pula membuatkan diri lalai dan leka..

Kenapa ingin membicarakan Cita- cita dan Cinta...
Sedangkan nadi ini sudah banyak melayari Cinta demi Cita-cita..
' Aku bercinta dengan kau supaya akau dapat capai cita-cita aku"
" Kmk sayang ktk sebab kmk nak kita sama-sama berjaya ke IPT "
Banyakny aungkapan sayang...yang kita ucapkan pada insan yang berlainan jantina...
bukannya pada insan yang berada sepanjang masa..
berada di depan mata..
menanti ungkapan sayang daripada anaknya yang tercinta..
Cinta inilah Cinta yang Mulia...cinta ini lah yang diredhaiNya..

Yang paling penting...
Kita tidak akan semakin melupakan CInta Kita Nan Satu...
Cinta Pada Pencipta....Yang mencipta adik-adik juga ibu yang melahirkan adik-adik..
Atas izinnYa ..Kita lahir dengan penuh cinta ..





Sabtu, 17 Julai 2010

~iTS aLL` About` Us~




~Its aLL `About `Us ~

Assalamualaikum...
Camane???
Best tak EXPLORACE hari tu??
Huhu..rugi ..tak pegi...
Its juz simple Explorace but a lot of Ibrah..
Sebagai muhasabah diri sendiri..kan..kan..kan...
Huuhu...

Nak kongsi sedikit...
Cerita kita untuk Kita..
Untuk Ukhwah kita...Semoga bersama selamanya...
'Di Syurga Allah yang paling utama`







Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?


Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Dipetik dari :



Myspace Heart Generators