Jumaat, 18 Disember 2009

MAAL HIJRAH 1431

SALAM MA'AL HIJRAH
1431
SEMOGA HIJRAH INI
MENJADIKAN KITA LEBIH KENAL ALLAH
MENJADIKAN KITA LEBIH BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH
MENJADIKAN KITA LEBIH MENJAGA UKHUWAH
MENJADIKAN KITA INSAN YANG BERUBAH
SEMOGA KITA DALAM RAHMAT DAN HIDAYAH ALLAH


Isnin, 14 Disember 2009

Aku Ori Bukan Fotokopi

Rambutmu tajam seperti duri

Cicak jatuh mesti mati

Konon punya gaya sendiri

Siapa tegur pun kau tak peduli.


Kau memang suka bersubang

Di bibir, di pusat, di dahi, di hidung

Buang masa merewang-rewang

Naik berang disuruh bertudung.


Konon ori bukan fotokopi

Konon ori bukan fotokopi

Suruh solat pun tak reti.


Black metal, punk sampah

Budaya Barat bersepah-sepah

Kadang-kadang rasa menyampah

Ditegur dilarang buat tak endah.


Maksiat mungkar merata-rata

Buang anak tak rasa berdosa

Bukan niat nak kutuk mengata

Kalau tak tegur bala menimpa.


Konon ori bukan fotokopi

Konon ori bukan fotokopi

Buat dosa tak sedar diri

Cuba dikau sedarkan diri

Jadilah ori bukan fotokopi

Kembalilah segera kepada Ilahi

Bimbang tak sempat bertaubat nanti.


Engkau aset agama dan negara

Masa remaja hanya seketika

Jangan habiskan bersuka sahaja

Kelak menyesal tak terkira.


Jadilah ori bukan fotokopi

Jagalah maruah dan nilai diri

Jadilah manusia yang dihormati.


Kita punya Al-Quran yang indah

Tambah teguh dengan As-Sunnah

Ikutlah ahli sunnah wal jamaah

Jauhi ahli punnah wal ranah.


Jadilah remaja soleh wa musleh

Tak perlu tiru budaya Barat

Buat baik tak toleh-toleh

Nak jadi mulia ujiannya berat.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Kukasihkan Allah, kukasihkan Nabi.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Al-Quran kujunjung tinggi-tinggi.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Demi Islam yang dicintai.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Akidahku jelas, tak perlu diragui.


Wahai remaja yang dikasihi

Jadilah ori bukan fotokopi

Miliki jati diri Islami

Impikan syurga setelah mati.


Pesan akhir buat remaja

Jangan disia usia muda

Ikutlah yang baik-baik sahaja

Kelak Allah ganjarkan syurga.


~Roha Hassan~

Khamis, 5 November 2009

LAGU BUAT MU

Satu Perjuangan

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik Masa berlalu tiada berhenti
Oh syahdunya….

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman2
Harungi perjuangan
Oh indahnya

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta yang terbina
Iakan selamanya ho ooo

Slamat berjuang sahabatku ku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu
Mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketengan wow o..

Tatapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita


" SEMOGA IKRAR (لا اله الا الله)MENITI DI HUJUNG WAKTU SAAT BERTEMU DENGAN-MU YA ALLAH"

Sebuah Ceritera Ku Ungkap Semula Buat Semua

Imbas Kembali .....

Aku & Kek
Entah kenapa tetiba je rasa nak mencoretkan rasa di jiwa…. Macam jiwang plak bunyi nya. Mungkin sebab pagi tadi baca tulisan Abu Saif . Terasa diri ini termotivasi dan semakin matang menilai erti sebuah kehidupan. Mungkin juga apa yang ku coretkan ini sekadar mengisi masa lapang…. Namun ianya adalah sebuah perkongsian……. Tetiba teringat kenangan….

“Ye..ye…. esok Birthday saya…”
“Pak nanti belikan kek , saya tak pernah dapat kek harijadi” kataku kepada bapa.
“Tak payah beli kek bukan orang putih pun, makan lempeng jak” sahut bapa.
Masa tu aku yakin bapa saja nak kenakan aku.
Masa sarapan “Hari Jadiku” mak sediakan lempeng. Aku merajuk tak sarapan pagi sebab aku tak dapat kek. Aku nak kek macam kek abang ,aku nak kek macam kek adikku. Aku nak kek yang ada krim, yang ada kartun, dan yang ada payung. Aku nak potong kek yang dihias cantik. Boleh aku cerita kat kawan-kawan aku potong kek masa hari jadi. Kenapa bapa tak faham perasaan aku..?
Pulang dari sekolah agama sesi petang kelihatan adik-adikku tersenyum melihat aku pulang dari sekolah.
“Kak,ada kek kakak, bapa beli”
“ Ye..ye” aku terlupa persengketaan dan rajukku kepada bapa.
Dengan gembira aku potong kek dan makan bersama-sama abang dan adik. Aku potong kek tapi tak pandai nak bahagi. Mak tolong potong dan agih-agihkan untuk semua sekali 7 orang.
Sekarang aku dah ada duit dah mampu nak beli kek. Nak buat pun bleh la skit-skit. Tapi tak lah macam yang di kedai. Walaupun aku boleh buat atau beli kek tapi rasanya tak sama. Kek yang aku nak masa umur 11 tahun tu kek yang bapa belikan jauh lebih sedap berbanding yang aku buat/ beli. Kenapa ya….? Walaupun kek yang bapa beli tu biasa je… tapi itulah pengalaman pertama aku dapat sebiji kek semasa Hari Lahir. Pengalaman itulah yang menjadi kenangan hingga ke hari ini.
Betapa aku menghargai ketulusan yang kau beri ,
mengajar aku melihat dunia ini dalam erti kata yang sebenar…
Melihat anak-anak muda di pinggiran jalan tanpa hala tuju membuatkan aku bersyukur punya ayah dan ibu yang sabar dalam redha mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu.
Kadang aku terfikir dan terpana sendiri , “Mengapa aku ditakdirkan ke sini?”. Kadang aku sendiri tak pasti hala tuju hidupku yang sebanar walaupun aku tahu aku akan menjadi seorang guru. Belajar subjek EDU (Ilmu Pendidikan) kadang-kadang lebih banyak tidur dari membaca. Banyak bercerita dari menghayati. Namun akhirnya kutemui Ilmu Pendidikan bukan untuk diingat dan tahu teori pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Ilmu Pendidikan perlu dihayati dalam erti kata yang sebenar agar aku tahu mengapa dan kenapa aku perlu mengajar dan kenapa murid perlu belajar.
Elaun dah bertambah banyak . Masa pra dulu cukup-cukup makan je. Sekarang dah berganda-ganda banyaknya. Sibuk pulak nak buat budget. Nak saving ,nak bayar itu ini. Baki pun cukup-cukup untuk perbelanjaan untuk setiap bulan. Macam mana agaknya mak dan bapa buat budget untuk perbelanjaan kami sekeluarga.
Aku bersyukur dan beruntung kerana masih punya waktu untuk menilai dan belajar untuk hidup. Mesti jauh lagi perjalanan ini namun aku perlu ingat segalanya baru bermula. Namun apa yang penting aku dan kek punya nilai yang tidak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. Aku belajar erti kasih sayang,aku belajar cara potong kek aku belajar banyak perkara. Ibu bapa sanggup melakukan banyak perkara untuk aku lebih dari sebiji kek namun apakah aku mampu untuk memberikan apa yang mereka mahukan. Apa yang ibu dan bapa impikan?? Sudah pasti anak yang soleh dambaan setiap ibu bapa.
Ibu ayah… doakan dalam setiap langkahku. Aku ingin menjadi anakmu yang soleh mentaatimu dan mentaati Allah dan RasulNya. Doa kalian kekal mewangi memberikan aku suntikan semangat untuk aku terus bangkit gagah menelusuri hidup ini. Aku mencari Fatimah Az Zahrah , aku mencari Zainab, aku mencari Salehuddin al-Ayyubi, aku mencari Hassan al-Banna,aku mencari al-Fateh. Golongan belia yang mampu menegakkan agama bukan sekadar tahu bersuka ria. Aku bukan remaja aku dewasa. Aku punya tanggungjawab pada diri,keluarga dan agama.
“Jadikanlah dunia di tanganku jangan biarkan ia mendiami hatiku”
Kalam Telus,
Husna Kharir
29 Muharam 1430H/ 26 Januari 2008

Isnin, 26 Oktober 2009

Salam Merdeka

Assalamualaikum w.r.b.t adik2 kasih & sayang yang amat dirindui ^_^
Apa khabar iman di dalam diri?
Semoga nilai taqwa semakin mekar mewangi seiring dengan meningkatnya amal ibadah seharian Insya Allah.
Salam Merdeka buat adik2 yang telah mengharungi suka duka PMR.
Sabar menanti saat menuai hasil.
Untuk adik2 SPM apa cerita yek?
Kejayaan adalah milik setiap insan...
Yakinlah kejayaan adalah milikmu!

Sabtu, 12 September 2009

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN KRJ MIRI

Alhamdhulillah dengan izin Allah jua segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. KRJ (Kelab Remaja JIM) akhirnya bertapak jua di bumi Miri. Selamat Datang Adik2 yang diraikan adik2 Kasih dan Sayang. Tunggu apa lagi daftar segera menjadi ahli KRJ. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Bin Haji Raman (Penghulu Lutong) di atas kesudian memberi peluang untuk menggunakan Dewan Kg.Pengkalan Lutong. Semoga semua usaha ini mendapat keredhaan Allah jua. Ingat! Apa yang penting???? " Kerjasama". Tidak lupa juga semua warga kerja adik2, kakak2, abang2, pak cik2 , mak cik2 JIM Miri yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Jumaat, 11 September 2009

KENANGAN KBM





Selamat Berjuang wahai "SYABAB"

Assalamualaikum adik2 kasih & sayang
Semoga tenang menjalani ibadah puasa
semoga beroleh kemenangan.

Adik2 kasih & sayang
"Syabab" pemuda pemudi harapan bangsa,
Selamat menduduki peperiksaan PMR dan SPM yang beberapa minggu sahaja lagi akan tiba.
Berjuanglah meskipun tanpa matapedang,
berjuanglah dengan matapenamu.
berjuanglah
"45. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'," (al-baqarah:45)

Berjuanglah adik2 kasih dan sayang kerana perjalanan hidupmu baru bermula!

Selasa, 8 September 2009

Krj Buletin






Assalamualaikum adik kasih & adik sayang
Salam Ramadhan, Salam Keberkatan & Salam Kasih Sayang
Beruntunglah bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
(As-Syams 9-10)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Perasmian Blog KRJ Miri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan izin NYA blog KRJ Miri dapat dibina
Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua

Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan..

Myspace Heart Generators