Khamis, 11 Mac 2010

SPM 2009

_____TAHNIAH____



Assalamualaikum adik2 kasih dan sayang yang amat dikasihi dan disayangi ^_^
apa khabar antum antunna?
Dup...dap...dup..dap .... rasa berdebar tak?
Kenapa yek?
Owh.. result SPM kluar ari tok tek...
Duhal....
Hmm.. cam ne keputusan adik2 kasih dan adik2 sayang?
Semoga semuanya beroleh kejayaan dan kemenangan.
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua.
Bagi yang mencapai target jangan lupa ucap Alhamdhulillah kerana semuanya adalah dengan izinNya.

Bagi yang kurang berjaya JANGAN BERSEDIH (LA TAHZAN) kerana di sebalik usaha adik2 selama ini adanya qada' dan qadar Allah. Jika usaha selama ini belum mantap maka hendaklah memantapkan diri meniti hari yang mendatang. Nilai manusia pada Allah bukan terletak pada SPM nya bukan terletak pada kejayaannya tetapi dilihat pada TAQWA. Percayalah bahawa di sebalik kejayaan ataupun kegagalan ada hikmah dan rahsiah yang tersembunyi bagi yang berfikir. Kejayaan bukan untuk dibangga-banggakan , Kegagalan bukan bermakna berakhirnya sebuah kehidupan. Episod ini adalah suatu fasa untuk kita sama-sama muhasabah diri ke mana AKU selepas ini?

Ha... ke mana adik2 Kasih dan adik2 Sayang selepas ni?...
Universiti?
Matrikulasi?
Form 6?
Diploma?
Bekerja?
atau cukup setakat ini sahaja perjuangan adik2?

" Winners must have two things :
Definite goals, and a burning desire to achieve them"
( Jaguh mesti memiliki dua perkara;
matlamat yang jelas dan semangat yang membara untuk
mencapainya)
" Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice .
It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved" Jeremy Kitson
( Nasib bukan secara kebetulan, tapi pilihan.
Ia bukan untuk ditunggu, tapi untuk dicapai)
dan firman ALLAH di dalam surah Ar-Ra'd ;11)
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum
sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka"
Ayuh bersama membina satu anjakan paradigma. Remaja dirimu begitu berharga jangan terlalai di kala usia muda. Bulatkan azam sematkan tekad bersama menuju ke puncak kejayaan di dunia dan akhirat.
P/S : Untuk mendapatkan cadangan dan panduan hala tuju selepas ini
boleh merujuk kepada
1. En.Amir bin Ismail (0139329093)
2.Pn.Balkisnah ( 0198549093)

Myspace Heart Generators