Jumaat, 27 Ogos 2010

~ IndahNya Bila BersamaMu~


Salam Allaik adik-adik KRJ sekalian....
Apa khabar???
Lama tak post something untuk adik2 ni...Rindu rasanya nak berkongsi rasa hati...rasa kasih sayang....rasa tautan Iman antara satu sama lain...
Yang penting ...landasan kasih sayang berada dalam zon yang betul..bukan zon yang bertanda merah...yang mana bercanggah dengan nilai islam itu sendiri...
Tautan kasih ikatan Iman antara adik-adik KRJ perempuan...dan suka saya panggil adik-adik mujaheedah sekalian....amat penting dalam memastikan segala batas pergaulan antara mujaheedah2...dan Mujahidin terjaga....
Ingat2...dari mata turun ke hati...dari hati..mula mendekatkan diri...
msg2...lepastu jumpa2...lepas tu pegang2...lepas tu..hah!!!!
Nasi sudah menjadi bubur....

So...boleh baca entri ni...

ETIKA PERGAULAN DAN BATASAN PERGAULAN DIANTARA LELAKI DAN WANITA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM



1.Menundukkan pandangan:ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)


4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)


6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina..


Ahad, 22 Ogos 2010

~ Gambar Keindahan BersamaMu~




^_^ Selamat Datang adik2 KRJ SMK BEKENU ^_^

SEMANGAT BETUL ADIK2 YE!!
~SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH~



^_^ SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB REMAJA JIM ^_^

wAH3X!!!!
Hebatnya adik2 ni..semuanya bersemangat sangat dengan pengisian sepanjang hari...bayangkan dari jam 9 Pagi..sampai Solat Tarawih...hebat3!!!
memang adik2 kat Bekenu ni semuanya adalah generasi Islam yang baru....Yang benar- benar ingin berubah serta menjadi remaja yang lebih baik dari hari ini...
InsyaAllah..kekalkan perubahan..kami semua sentiasa doakan semoga Adik2 semua jadi anak yang soleh dan solehah...kepada kedua ibu bapa...jadi sahabat yang baik ...yang paling penting ..jadi hamba Allah yang taat pada suruhannya dan tinggalkan laranganNya...
Alhamdulillah...
Semoga berjumpa lagi dalam program akan datang...rajin2 lah lawat blog ni..( ^_^)
dan yang paling utama..bleh hantar respon kat email kami..

krjmiri@gmail.com

" Kamu ( umat Islam ) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik "

~Surah Al-Imran , 3 : 110 ~



Sabtu, 21 Ogos 2010

~ Remaja Raikan Ramadhan ~ 3R ~



Selamat Menyambut Ramadhan Fasa Ke Dua

Adik-adik sekalian....Bulan Ramadhan telah sampai ke Fasa yang kedua...bertanya kembali pada diri sendiri..mengimbas kembali 10 hari Ramadhan yang lalu...Sejauh mana kita betul-betul menghayati kedatangan Ramadhan pada kali ini....
Tahniah!!! bagi yang berjaya melalui dengan limpahan Iman dan Taqwa kepadaNya..
Bagi Yang tewas...Jangan Bimbang ..kita masih punya waktu untuk beribadah padaNya..
memohon keampunan daripadaNya...memohon kekuatan untuk menghadapi ujian di bumiNyya..
Pintalah apa sahaja dalam bulan Ramadhan...pasti dimakbulkan...Yakinlah bahawa doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan..

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi SAW :-
Ertinya : “Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang” (Riwayat Al-Bazaar)

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi” (Riwayat At-Tirmizi)

jangan lupa berdoa semoga kita akan dpat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..

InsyaAllah...





Jumaat, 20 Ogos 2010

~ Sape Nak Post Komen~

Salam...
Khas Buat adik-adik KRJ...
KBM LUTONG and KBM BEKENU ...
Kite nak komen and FeedBack dari Program KBM...
Harap adik - adik dapat bagitau apa yang adik rasa semasa sebelum dan selepas KBM...

Hantarkan komen adik-adik ke :

krjmiri@gmail.com

Isnin, 16 Ogos 2010

SekolaH Islam Ramadhan

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehariNawafilFardhiah*Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan170700
Ramadhan704 90049 000
Lailatul Qadr50 40035 280 000352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihanseawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.

http://niqobgirl.blogspot.com/

Isnin, 9 Ogos 2010

~ Alhamdulillah....Selesai KBM SMK BEKENU~



Salam Sayang....Selalu...

Wah!!!! Hepinye..dapat jumpa..ngan Faerah n Nisa'
ehhe...dorang memang semangat betul..sampai ktaorang tak dapat nak layan dorang..
maafkan kesilapan ukhti ( kakak dalam Bahasa ARab )...
Maafkan Ukhti Dewi sebab tak dapat nak layang adik2 dengan selayan- layannya..(~_~)

" Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri "

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Ukhti-ukhti sekalian sangat- sangta menyayangi adik-adik KRJ semua..
kalau boleh nak angkut semua pegi KBM..hheeh...
Tapi..tak pe....kita kena tgk priority...adik2...
Kmkorang sayang ktk semua kerana Allah...
Semoga kita semua bertemu di dalam SyrganYa...

Sebab tengah buat Video..huuhu...Sedih :(
Video tak menepati...
Its ok....Boleh cuba lagi..heheh....kan...kalau kita tak mula..kita tak tahu kebolehan kita..
hidup ini penuh dengan percubaan....
Kita mesti selalu cuba n cuba n cuba..
Yang penting jangan cuba benda yang tak elok tau..

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..ura-ura yang disebut-sebut diizinkan Allah tidak berlaku...Syukur Alhamdulillah...Allah sentiasa membantu hambanya yang membantu Agama Allah...

Nak Share kat cni..hari tu..adalah anak Ustazah or Ustaz..tak sure juga..
Dia paling menghayati lagi " Teman Sejati "
siap nangis n peluk Abg Syukri...Ngee~~~
hohoo....mantap adik ni....semoga jadi mujahid Islam satu hari nanti..Amin...
Comel betul.....
Dia kata Kawan dia Tak nak kawan kat die..
Kesian betul..sampaikan ada ukhti dan akhi terpaksa bawa dia keluar...
hoho...
tinggi betul penghayatan budak tu..

Memang kalau cerita pasal sahabat ni..takkkan habissss...sampai bila-bila,...kadang kawan lagi tahu kita siapa...berbanding ibu bapa kita sendiri...

DUhai Sahabat...terima kasih atas segala nasihat yang kau berikan..
memandu aku ke jalan yang diredhai TUhan...
Semoga persahabatn kita ..akan kekal hingga ke akhir Hayat..
Mudah- Mudahan kita akan bertemu di dalam Syurganya..
Menikmati segala yang telah dijanjikan untuk orang-orang yang beriman...

SALAM RAMADHAN YANG BAKAL KUNJUNG TIBA...
JADIKANLAH RAMADHAN KALI INI >>>ADALAH RAMDAHAN YANG DIALU-ALUKAN KEDATANGANNYA..PEMERGIANNYA AMAT-AMAT DIRINDUI>>>

REMAJA RAI RAMADHAN ( 3 R)

Selasa, 3 Ogos 2010

~ MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR~

~MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR ~

IDOLA KITA(~_~)


Salam Sayang Selalu..
Adik-adik Yang bakal penerus generasi akan datang...
APa khabar iMAN ktkorang??
Harapnye makin bertambah dan semakin bertambah...
.....
Jangan dilupa..Salawat ke atas nabi..
Seandainya...risalah Islam itu tidak sampai pada kita..
Masakan kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam...
Subhanallah...Bersyukur atas lah kita kerana berada dalam keadaan Islam...
Kita percaya pada Allah Yang Maha Esa..
Yakin akan segalaNya yang ditakdirkan untuk kita...
REdha dan Tawakal atas segala yang telah diberikan kepada kita..
Semoga kita terus teguh di jalan ini..
Jalan yang dilalui pada rasul dan nabi terdahulu...
Kitalah penerus generasi Anbiya,...
Insyaallah..
Jadilah kalian...adik Remaja Pencetus Perjuangan..Rasulullah Di akhir Zaman...
Generasi Acuan Al-Quran....
Waallahuaalam...


HAyatilah Kisah Di bawah:

1. Ketika Zaid bin disnah RA disaat akhir hendak dibunuh oleh orang-orang musyrikin, Abu Sufyan (ketika masih kafir) berkata kepadanya:

“Adakah engkau suka kalau Muhammad menggantikan tempatmu untuk kami penggal kepalanya, sedangkan engkau bersama keluarga mu.”

Zaid menjawab:

والله ما أحب أن يفديني رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة في قدمه

Maksudnya: “ Demi Allah, aku sama sekali tidak suka Rasulullah menggantikan ku sekalipun hanya terkena duri di kakinya.”

Abu sufyan pun berkata:

ما رأيت أحدا من الناس يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا

Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat seorang manusia mencintai manusia lain sehebat cinta sahabat2 Muhammad kepada Muhammad. “

2. seorang Wanita ansar telah kematian bapa, saudara lelaki dan suaminya pada peperangan uhud.

Setelah mana diberitahu perkara tersebut kepadanya, namun yang mengejutkan dia mengajukan pertanyaaan berikut:

ما فعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Bagaimana dgn keadaan rasulullah saw?”

Mereka menjawab “Rasulullah dalam keadaan baik2 sepertimana yang engkau harapkan.”

Wanita itu membalas:

كُلُّ مٌصِيْبَةٍ بَعْدَكَ جَلَلٌ

Maksudnya: “Setiap musibah akan menjadi mudah selepas melihat mu (Nabi) selamat sejahtera.”

(Hr Baihaqi dan Ibnu Ishak)

3. Ketika mana Abu khuthaimah ra baru bali dari safarnya, Rasulullah saw dan para sahabat sudah pergi perang ke Tabuk di tengah musim panas. Beliau mendapati dua orang isterinya berada di dua khemah di dalam kebun miliknya. Kedua2 orang isterinya telah menyediakan khemah yang elok, air yang sejuk dan makanan yang enak.

Apabila beliau berdiri di pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua isterinya, beliau berkata “Rasulullah saw berada ditiup angin dan dilanda kepanasan sedangkan aku berada di teduhan yang nyaman, makanan yang dihidangkan dan bersama wanita rupawan. Ini satu perkara yang tidak adil.”Beliau menyambung lagi dgn berkata kepada kedua isterinya:

والله لا أدخل عريش واحدة منكما حتى ألحق برسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: “Demi Allah aku tidak akan masuk mana2 khemah kamu berdua sehingga aku dapat bersama Rasulullah saw.”

Lalu kedua orang isterinya menyiapkan bekalan utknya bermusafir dan memberikan unta kepadanya. Dia pun berangkat sehinggalah bertemu dgn Rasulullah saw di tabuk.

(Hr Thabrani dan Ibnu Ishak)

Kesimpulan; Lihat betapa kasih dan cintanya para sahabat Nabi saw kepada baginda. Bagaimana dgn cinta kita kepadanya. Sejauh mana kita membela Rasulullah saw ketika mana namanya dicemari. Sejauh mana pembelaan kita kepada risalah yang dibawanya. Adakah cukup perarakan setahun sekali, sedangkan kita tidak cuba memahami, mempelajari, mengamalkan, menyebarkan dan memperjuangkannya sehingga nafas kita yang terakhir. Jawablah persoalan dlm gambar di atas "Hai orang yang mendakwa cinta Rasulullah saw, sejauh mana kamu mengamalkan sunnahnya?"

Rujukan: Al-Islam Wal Hub oleh Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan.



Myspace Heart Generators