IDOLA KITA(~_~)
Adik-adik Yang bakal penerus generasi akan datang...
APa khabar iMAN ktkorang??
Harapnye makin bertambah dan semakin bertambah...
.....
Jangan dilupa..Salawat ke atas nabi..
Seandainya...risalah Islam itu tidak sampai pada kita..
Masakan kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam...
Subhanallah...Bersyukur atas lah kita kerana berada dalam keadaan Islam...
Kita percaya pada Allah Yang Maha Esa..
Yakin akan segalaNya yang ditakdirkan untuk kita...
REdha dan Tawakal atas segala yang telah diberikan kepada kita..
Semoga kita terus teguh di jalan ini..
Jalan yang dilalui pada rasul dan nabi terdahulu...
Kitalah penerus generasi Anbiya,...
Insyaallah..
Jadilah kalian...adik Remaja Pencetus Perjuangan..Rasulullah Di akhir Zaman...
Generasi Acuan Al-Quran....
Waallahuaalam...
HAyatilah Kisah Di bawah:
1. Ketika Zaid bin disnah RA disaat akhir hendak dibunuh oleh orang-orang musyrikin, Abu Sufyan (ketika masih kafir) berkata kepadanya:
“Adakah engkau suka kalau Muhammad menggantikan tempatmu untuk kami penggal kepalanya, sedangkan engkau bersama keluarga mu.”
Zaid menjawab:
والله ما أحب أن يفديني رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة في قدمه
Maksudnya: “ Demi Allah, aku sama sekali tidak suka Rasulullah menggantikan ku sekalipun hanya terkena duri di kakinya.”
Abu sufyan pun berkata:
ما رأيت أحدا من الناس يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا
Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat seorang manusia mencintai manusia lain sehebat cinta sahabat2 Muhammad kepada Muhammad. “
2. seorang Wanita ansar telah kematian bapa, saudara lelaki dan suaminya pada peperangan uhud.
Setelah mana diberitahu perkara tersebut kepadanya, namun yang mengejutkan dia mengajukan pertanyaaan berikut:
ما فعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: “Bagaimana dgn keadaan rasulullah saw?”
Mereka menjawab “Rasulullah dalam keadaan baik2 sepertimana yang engkau harapkan.”
Wanita itu membalas:
كُلُّ مٌصِيْبَةٍ بَعْدَكَ جَلَلٌ
Maksudnya: “Setiap musibah akan menjadi mudah selepas melihat mu (Nabi) selamat sejahtera.”
(Hr Baihaqi dan Ibnu Ishak)
3. Ketika mana Abu khuthaimah ra baru bali dari safarnya, Rasulullah saw dan para sahabat sudah pergi perang ke Tabuk di tengah musim panas. Beliau mendapati dua orang isterinya berada di dua khemah di dalam kebun miliknya. Kedua2 orang isterinya telah menyediakan khemah yang elok, air yang sejuk dan makanan yang enak.
Apabila beliau berdiri di pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua isterinya, beliau berkata “Rasulullah saw berada ditiup angin dan dilanda kepanasan sedangkan aku berada di teduhan yang nyaman, makanan yang dihidangkan dan bersama wanita rupawan. Ini satu perkara yang tidak adil.”Beliau menyambung lagi dgn berkata kepada kedua isterinya:
والله لا أدخل عريش واحدة منكما حتى ألحق برسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: “Demi Allah aku tidak akan masuk mana2 khemah kamu berdua sehingga aku dapat bersama Rasulullah saw.”
Lalu kedua orang isterinya menyiapkan bekalan utknya bermusafir dan memberikan unta kepadanya. Dia pun berangkat sehinggalah bertemu dgn Rasulullah saw di tabuk.
(Hr Thabrani dan Ibnu Ishak)
Kesimpulan; Lihat betapa kasih dan cintanya para sahabat Nabi saw kepada baginda. Bagaimana dgn cinta kita kepadanya. Sejauh mana kita membela Rasulullah saw ketika mana namanya dicemari. Sejauh mana pembelaan kita kepada risalah yang dibawanya. Adakah cukup perarakan setahun sekali, sedangkan kita tidak cuba memahami, mempelajari, mengamalkan, menyebarkan dan memperjuangkannya sehingga nafas kita yang terakhir. Jawablah persoalan dlm gambar di atas "Hai orang yang mendakwa cinta Rasulullah saw, sejauh mana kamu mengamalkan sunnahnya?"
Rujukan: Al-Islam Wal Hub oleh Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan