Khamis, 5 November 2009

LAGU BUAT MU

Satu Perjuangan

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik Masa berlalu tiada berhenti
Oh syahdunya….

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman2
Harungi perjuangan
Oh indahnya

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta yang terbina
Iakan selamanya ho ooo

Slamat berjuang sahabatku ku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu
Mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketengan wow o..

Tatapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita


" SEMOGA IKRAR (لا اله الا الله)MENITI DI HUJUNG WAKTU SAAT BERTEMU DENGAN-MU YA ALLAH"

Sebuah Ceritera Ku Ungkap Semula Buat Semua

Imbas Kembali .....

Aku & Kek
Entah kenapa tetiba je rasa nak mencoretkan rasa di jiwa…. Macam jiwang plak bunyi nya. Mungkin sebab pagi tadi baca tulisan Abu Saif . Terasa diri ini termotivasi dan semakin matang menilai erti sebuah kehidupan. Mungkin juga apa yang ku coretkan ini sekadar mengisi masa lapang…. Namun ianya adalah sebuah perkongsian……. Tetiba teringat kenangan….

“Ye..ye…. esok Birthday saya…”
“Pak nanti belikan kek , saya tak pernah dapat kek harijadi” kataku kepada bapa.
“Tak payah beli kek bukan orang putih pun, makan lempeng jak” sahut bapa.
Masa tu aku yakin bapa saja nak kenakan aku.
Masa sarapan “Hari Jadiku” mak sediakan lempeng. Aku merajuk tak sarapan pagi sebab aku tak dapat kek. Aku nak kek macam kek abang ,aku nak kek macam kek adikku. Aku nak kek yang ada krim, yang ada kartun, dan yang ada payung. Aku nak potong kek yang dihias cantik. Boleh aku cerita kat kawan-kawan aku potong kek masa hari jadi. Kenapa bapa tak faham perasaan aku..?
Pulang dari sekolah agama sesi petang kelihatan adik-adikku tersenyum melihat aku pulang dari sekolah.
“Kak,ada kek kakak, bapa beli”
“ Ye..ye” aku terlupa persengketaan dan rajukku kepada bapa.
Dengan gembira aku potong kek dan makan bersama-sama abang dan adik. Aku potong kek tapi tak pandai nak bahagi. Mak tolong potong dan agih-agihkan untuk semua sekali 7 orang.
Sekarang aku dah ada duit dah mampu nak beli kek. Nak buat pun bleh la skit-skit. Tapi tak lah macam yang di kedai. Walaupun aku boleh buat atau beli kek tapi rasanya tak sama. Kek yang aku nak masa umur 11 tahun tu kek yang bapa belikan jauh lebih sedap berbanding yang aku buat/ beli. Kenapa ya….? Walaupun kek yang bapa beli tu biasa je… tapi itulah pengalaman pertama aku dapat sebiji kek semasa Hari Lahir. Pengalaman itulah yang menjadi kenangan hingga ke hari ini.
Betapa aku menghargai ketulusan yang kau beri ,
mengajar aku melihat dunia ini dalam erti kata yang sebenar…
Melihat anak-anak muda di pinggiran jalan tanpa hala tuju membuatkan aku bersyukur punya ayah dan ibu yang sabar dalam redha mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu.
Kadang aku terfikir dan terpana sendiri , “Mengapa aku ditakdirkan ke sini?”. Kadang aku sendiri tak pasti hala tuju hidupku yang sebanar walaupun aku tahu aku akan menjadi seorang guru. Belajar subjek EDU (Ilmu Pendidikan) kadang-kadang lebih banyak tidur dari membaca. Banyak bercerita dari menghayati. Namun akhirnya kutemui Ilmu Pendidikan bukan untuk diingat dan tahu teori pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Ilmu Pendidikan perlu dihayati dalam erti kata yang sebenar agar aku tahu mengapa dan kenapa aku perlu mengajar dan kenapa murid perlu belajar.
Elaun dah bertambah banyak . Masa pra dulu cukup-cukup makan je. Sekarang dah berganda-ganda banyaknya. Sibuk pulak nak buat budget. Nak saving ,nak bayar itu ini. Baki pun cukup-cukup untuk perbelanjaan untuk setiap bulan. Macam mana agaknya mak dan bapa buat budget untuk perbelanjaan kami sekeluarga.
Aku bersyukur dan beruntung kerana masih punya waktu untuk menilai dan belajar untuk hidup. Mesti jauh lagi perjalanan ini namun aku perlu ingat segalanya baru bermula. Namun apa yang penting aku dan kek punya nilai yang tidak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. Aku belajar erti kasih sayang,aku belajar cara potong kek aku belajar banyak perkara. Ibu bapa sanggup melakukan banyak perkara untuk aku lebih dari sebiji kek namun apakah aku mampu untuk memberikan apa yang mereka mahukan. Apa yang ibu dan bapa impikan?? Sudah pasti anak yang soleh dambaan setiap ibu bapa.
Ibu ayah… doakan dalam setiap langkahku. Aku ingin menjadi anakmu yang soleh mentaatimu dan mentaati Allah dan RasulNya. Doa kalian kekal mewangi memberikan aku suntikan semangat untuk aku terus bangkit gagah menelusuri hidup ini. Aku mencari Fatimah Az Zahrah , aku mencari Zainab, aku mencari Salehuddin al-Ayyubi, aku mencari Hassan al-Banna,aku mencari al-Fateh. Golongan belia yang mampu menegakkan agama bukan sekadar tahu bersuka ria. Aku bukan remaja aku dewasa. Aku punya tanggungjawab pada diri,keluarga dan agama.
“Jadikanlah dunia di tanganku jangan biarkan ia mendiami hatiku”
Kalam Telus,
Husna Kharir
29 Muharam 1430H/ 26 Januari 2008

Myspace Heart Generators