Rabu, 28 April 2010

OPEN YOUR LENS by MAHER ZAIN

Traffic Light?









السلام عليكم ورحمة الله وبركاته













Apa khabar adik-adik yang di kasihi

Ha.. comel tak traffic light ni?
Smiley2 gitu..
ada warna warni.
Merah tanda berhenti
Kuning tanda bersedia
Hijau tanda ok... go!


Bila tanda hijau semua senyum bahagia
bila tanda kuning senyum seadanya
bila tanda merah hilang seri wajah...

Itulah kenapa nak pasang traffic light?
Kalau tak de, kan boleh jalan je.. Bahagia... Jalan ini aku yang punya!
Hmm.. ye ke?
Boleh percaya ke ?

Ni apa kes??


Apabila ada traffic light kita rasa lecehlah..
Tapi apabila tiada panduan lagi sesak jadinya..
Semua nak cepat.. semua nak jalan.. dan akhirnya.........tak dapat ke mana-mana.
Eh, ini kelas memandu ke?
Hehe.. tak lah. Saja je nak share something.
Dalam kehidupan yang kita lalui sehari-harian banyak pengajaran yang kita perolehi sekiranya kita berfikir , mentafsir dan menghayati.

Apa kaitan lampu isyarat dengan kehidupan kita ya?

Di dalam kehidupan kita seharian telah digariskan panduan, sebab itulah terdapat hukum hakam di dalam Islam.
1.Wajib
2.Sunat
3.Harus
4.Makruh
5,Haram

Inilah lampu isyarat kita..
Lampu isyarat yang menunjukkan amal perbuatan kita sama ada berada pada lampu merah, kuning ataupun hijau.


Lampu isyarat kita..
Membantu kita bermuhasabah ,
jika berada pada zon merah cepat-cepat berhenti jangan teruskan.
Jika berada pada zon kuning sama-sama memperingatkan di antara satu sama lain,
jika berada pada zon hijau sama-sama kita teruskan.

Dan apa yang penting?

Lampu isyarat kita..
Membantu kita agar perjalanan selamat menuju ke destinasi. Destinasi KEKAL ABADI .
Pilihan di tangan anda .
Anda mampu mengubahnya !
Ingatlah orang yang tersayang.



" Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

Surah Ar-Rum;41


Jumaat, 23 April 2010

KBM 2010


Alhamdulillah...Keindahan BersamaMu sekali lagi telah bertapak di bumi Miri...pada 3 & 4 April yang lalu seramai 140 orang pelajar SMK Lutong, Tingkatan 3&5 telah menghadirinya...
Terima kasih kepada Pak Lang, Cikgu Shukri, Abang-abang dan kakak-kakak fasilitator dari IPGM kampus Sarawak, Miri & Curtin Universiti yang sudi berKBM kali ini...

Terima kasih juga kepada Team Bintulu yang membantu perjalanan MAM dan kpd semua pihak yang memberikan sokong, bantuan dan sumbangan bagi menjayakan KBM kali ini...

Kepada adik KASIH & SAYANG...moga dapat MANFAATNYA...dan Insyaalllah bertemu kita dalam KBM Kembali sedikit masa lagi...







Myspace Heart Generators