Selasa, 15 Februari 2011

~ NO VAVALENTINE ~





~~ Say Yes To Maulidur Rasul , Say No To Valentine Day !!! ~~~

Salam Ukhwah adik-adik yang disayangi selalu..


Salam Ukhwah adik-adik..
Semoga hari-hari yang dilalui penuh dengan perubahan rasa cinta pada Allah dan Rasulnya...

Khas buat adik-adik SMK ( A ) Miri
semoga KBM yang dijalankan di sekolah yang sangat istimewa itu...
memberikan seribu perubahan yang bermakna..
Usah dilupa tangisan keinsafan itu..kerana Tuhan Tahu..
Kita ini hambanya yang sangat inginkan perubahan.,..
kepada Allah, Rasul,Ibu Bapa dan sahabat..

Ya Allah..lembutkanlah hati-hati mereka..
Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Pemberi Hidayah ..
Yang paling Adil..Paling Mulia..
tetapkanlah kami dalam jalan yang engkau redhai Ya Allah...

Hmmm......rasanya ..semua dah tahu...nampak tajuk yang besar kat atas tu kan..huhu..memang nak cerita pasal " COUPLE" ...pasal Valentine day yang diuar-uarkan oleh media barat..kalau kita tengok sendiri...Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak menggalakkan sambutan Valentine Day yang mana memberikan lebih banyak keburukan buat muda-mudi di luar sana.

Jangan Hampiri Zina,Sesungguhnya Ia Perbuatan Yang Keji dan Jalan Yang Buruk,Bagi Mereka Yang Tetap Mahu Membuka Jalan Kepada Zina Atau Mahu Melakukan Zina,Tanyakan Kepada Dirimu, Adakah Kamu Suka Seseorang Berzina Dengan Ibumu, Anak Perempuanmu, Saudari Perempuanmu, SaudariPerempuan Ayahmu dan Saudari Perempuan Ibumu?


Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Betul kan adik-adik??.....tepuk dada tanya Iman ..bukan tanya selera...melayan hawa nafsu yang bermaharajalela di dalam dada..penuhi hati dengan mengingati Allah...InsyaAllah..Allah akan mengingati kita di setiap langkah dan derap jantung kita..

Mari kita sma-sama baca apa yang dah dilaksanakan oleh orang-orang yang ingin membanteras gejala sosial yang bermula dari perhubungan dua insan yang bercinta..kerana nafsu semata-mata...

Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM-FC) terus bergerak aktif. Biarpun kelab tersebut merupakan sekadar sebuah kelab yang menghimpunkan para peminat Maher Zain di Malaysia, kelab tersebut tidak melupakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Kelab yang diketuai presidennya, Mohd Fairuz Abu atau lebih mesra disapa sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkari baru baru ini telah melancarkan satu kempen yang menentang sambutan Hari Kekasih, atau akronimnya Velentine Day yang akan disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Objektif kempen yang bertujuan untuk menyedarkan umat Islam akan keburukkan menyambut Hari Kekasih dimana umum mengetahui bahawa hari tersebut merupakan dakyah orang Kristian bagi menyesatkan orang Islam.

Dengan tema, SAY NO TO VALENTINE DAY! LET’S CELEBRATE MAULIDUR RASUL, mereka sedaya upaya cuba memberi kesedaran akan bahayanya hari tersebut kepada orang ramai khasnya kepada ahli kelab tersebut yang sudah menjangkau 112,664 like di FanPage Facebook mereka.

Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah! Say No To Valentine Day. Let’s Celebrate Maulidur Rasul. Sollu 3ala Nabiy. Bagindalah kekasih kita yang abadi. Yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. The Chosen One.`”MUNSYEED.COM


Luahan Hati yang Cakne,

~ IKRAM TEENS~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Myspace Heart Generators